Pages

Monday, February 14, 2011

Jadi Kaya !!

Share

Baca lagi...


Sewaktu si Kamil dalam perjalanan menaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya … “Anak nak ke mana?”. Si Kamil menjawab ringkas, “KL” Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh” dan dijawab oleh si Kamil tadi “Ehm…bolehlah.”

Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati si Kamil berkata, “Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???” Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, “Anak nak kaya tak?” Si Kamil tersentak dan berkata dalam hati,”Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?”

Si Kamil pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak” Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si Kamil berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?” Si Kamil jawab serupa yang tadi, “Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana”.

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, “Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo’s untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.” Terima kasih, ya nak.” lalu orang tua tu turun dari kereta. Si Kamil tersipu-sipu malu lalu menjawab, “Terima kasih ya pakcik” lalu meneruskan perjalanan.
READ MORE - Jadi Kaya !!