Thursday, August 18, 2011
Punca Air Laut jd masin | tgk bleh..caye x :D
Pisang dan hati
Baca lagi...
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!
Wednesday, August 17, 2011
Tukar bahasa di Facebook kepada bahasa “Pirate.”
Baca lagi...
mudah je nk wat bnda nie sebenarnya..
oke lah..nie lah caraynya..
~ korang msuk kat web page pesbuk korang..
~ kat Home 2.
~ then kat bwah skali 2 tu ada plihan bhasa. klik c2 n die akan kuar 1 box ( Select Your Language )
~ ad antara korang yg guna bahasa melayu an..n ad gak yg guna english (US).
~ so klik je English (US)..then pilih English ( pirate ). then save. senang kan?
~~ selamat mencuba & selamat beramal ^^ ~~
Tuesday, August 16, 2011
Cara jimat Minyak
Baca lagi...
Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak xxxxxxxxx….
masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 1.80 sen kat pam minyak jadi 1.00 or suka ati korang la nak letak berapa sen…
mula2 mmg aku tak percaya… tapi……
1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun… dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu… tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV sudah la…
2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.
3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu… kira mcm nak isi manual nyer harga la
4. korang tekan ‘clear’ – utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. then korang tekan enter – 3x
6. then korang tekan ’0' , ’0', ’1', ’0', ’0' (1.00 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka
7. pastu korang tekan enter – 3x sekali lagi
8. tekan butang clear – 2x
9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi
10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu… supervisor petrol pam akan jumpa korang
“woi apa ko buat ni… main tekan-tekan ni… xde keje lain ker…!!!!”
so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan..
Hahahahahah , Ingat stesen minyak tu bapak korang punya ke nak murah2.. Dah3 , gi buat kerja .. Berangan je lebih!
Sumber
Sunday, August 14, 2011
Alamak!!
Baca lagi... aiseh..da lame x mlawat blog ak nieh..tgk da bersawang, berkulat, bernanah, berkudis bagai da..adeh..
tu la..org nk wat blog..ko nk wat gak an?last2 org lain maju..ko ketinggalan kat belakang. ( kata2 nie ntok aku ok?bkan ntok org laen ) klau trase. lantak lah..ad aku kesah? haha * gurau je. bulan2 pose nie banyak dugaan nye an?haha
sempena bulan puasa nie. aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam terutamanya kepada diri aku sendiri. heh
nie ad serangkap pantun ntok korang sume. selamat berpuasa n selamat menyambut hari raya yer :)
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Akem Yamot menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Wednesday, May 11, 2011
Polis Cerdik
Baca lagi... Pada satu malam,polis ni bertugas la nak tahan org yg bwk menyalahi undang2..pastu dtg la seorang pemuda yg tidak membuka lampu depan..
Polis : Apsal tak bukak lampu depan? Bahaya tau dak
Pemuda : Alah, sana lampu situ lampu sini lampu... brapa banyak nak bukak lampu daa?
Polis itu agak kebengangan lalu memancitkan tayar si penunggang tuh
Pemuda : Apsal ni? mcm mana saya nak balik?
Polis : lah.. sana angin, situ angin berapa banyak angin nak guna daa?
Saturday, March 12, 2011
Hantu
Baca lagi... *JGN BLIK OVER-TIME*
Baik-baik bila pergi ke KLCC..sila bawa kawan jangan sorang-sorang. Kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.
Padahari tersebut (hari khamis malam jum'at) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian... .Sampaidi depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada siapa2 didalamnya.. . Dia masuk dan tekan tombol "G"untuk ke Ground floor.
Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke
atas. Ketika sampai ditingkat 59 lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka kemudian masuklah seorang perempuan yang
kelihatan sungguh cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihatnya sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya. Dia tertanya-tanya didalam hatinya...
Siapa perempuan itu,dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah. Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat kesatu tingkat.
Tiba di tingkat 13, lampu lift padam dan lift terhenti seketika dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu hidungnya .. bulu romanya tiba-tiba saja merinding ... dia pun mula membaca ayat-ayat suci yang terlintas di-ingatannya sambil memberanikan diri dan menoleh kebelakang setelah lampu lift menyala.Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ......... dan
segera berkata..... ...
"Maaf ya.... saya kentut.... Anda tidak marah kan ?" hahahahahha,,,,jangan..jangan...jgan marah2 nnt cepat tua..hehehhe
Monday, February 14, 2011
Jadi Kaya !!
Baca lagi...
Sewaktu si Kamil dalam perjalanan menaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya … “Anak nak ke mana?”. Si Kamil menjawab ringkas, “KL” Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh” dan dijawab oleh si Kamil tadi “Ehm…bolehlah.”
Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati si Kamil berkata, “Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???” Beliau meneruskan perjalanannya. Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, “Anak nak kaya tak?” Si Kamil tersentak dan berkata dalam hati,”Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?”
Si Kamil pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak” Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si Kamil berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi. Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?” Si Kamil jawab serupa yang tadi, “Tak apalah pakcik,saya lebih senang hidup sederhana”.
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, “Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo’s untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.” Terima kasih, ya nak.” lalu orang tua tu turun dari kereta. Si Kamil tersipu-sipu malu lalu menjawab, “Terima kasih ya pakcik” lalu meneruskan perjalanan.
Monday, January 24, 2011
Kisah Seorang Pemancing Ikan
Baca lagi... "Pada suatu hari ahmad dan rakan karibnya, hassan, pergi mancing kat sungai.
Dalam bosan2 menunggu ikan, ahmad berkata, ahmad: aku ada satu cerita.
hassan: cerita ape?
ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
hassan: yela...
ahmad pun memulakan ceritanya...
ahmad :satu hari aku pergi memburu.
hassan : memburu.
ahmad : aku masuk kedalam hutan.
hassan : hutan.
ahmad : tiba2 aku rasa nak terberak.
hassan : berak.
ahmad : aku berlari ke semak.
hassan :semak.
ahmad : aku pun berak.
hassan : berak.
ahmad : satu hari aku pergi memburu lagi.
hassan : lagi.
ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
hassan : dulu.
ahmad : aku lihat tahi aku suda tak ada.
hassan : ada.
ahmad : aku pun tertanya2.
hassan : tanya.
ahmad : siapa makan tahi aku?
hassan : aku...."
:)
Wednesday, January 19, 2011
Kalau da namenyer Pondan
Baca lagi...
Disuatu kawasan pedalaman di Kedah, seorang penternak yang mempunyai
ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan
meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Minah.
Minah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan
mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai
kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya.
Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk
mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan
menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman
memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.
Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon
pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk..
Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain
dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksa memilih salah seorang dari
mereka.
Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si pondan bernama
Leman untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih
selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang
pemabuk.
Minggu demi
minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan
rajin. Leman kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk
membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin
berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.
Gembiralah si Minah ni tadi.
Kerana ingin menghargai
kerajinan si Leman ni, Minah pun berkata kepada Leman, "Leman, kau telah
melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin
bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk
melegakan tekanan kerja..." Gembiralah Leman, dan pada suatu malam
minggu, dia pun pergi ke pekan.
Sampailah ke tengah
malam, Leman tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak
pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Leman pulang kerumah.. Sampai ke rumah,
di dapati Minah sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran
unggun api.
"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Minah.
Leman dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,
melakukan apa yang diarahkan.
"Sekarang, buka kasut but ku."
Leman buat, perlahan sekali.
"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.
"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.
"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.
"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.
Kemudian, Minah pun memandang Leman, sambil berkata...
"Sekali lagi kau pergi pekan
dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."
Subscribe to:
Posts (Atom)