Pages

Sunday, August 14, 2011

Alamak!!

Share
aiseh..da lame x mlawat blog ak nieh..tgk da bersawang, berkulat, bernanah, berkudis bagai da..adeh..
tu la..org nk wat blog..ko nk wat gak an?last2 org lain maju..ko ketinggalan kat belakang. ( kata2 nie ntok aku ok?bkan ntok org laen ) klau trase. lantak lah..ad aku kesah? haha * gurau je. bulan2 pose nie banyak dugaan nye an?haha

sempena bulan puasa nie. aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam terutamanya kepada diri aku sendiri. heh

nie ad serangkap pantun ntok korang sume. selamat berpuasa n selamat menyambut hari raya yer :)


Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!


Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?


Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang


Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri


Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia


Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan


Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah


Akem Yamot menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

No comments:

Post a Comment