Thursday, August 18, 2011
Punca Air Laut jd masin | tgk bleh..caye x :D
Pisang dan hati
Baca lagi...
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!
Wednesday, August 17, 2011
Tukar bahasa di Facebook kepada bahasa “Pirate.”
Baca lagi...
mudah je nk wat bnda nie sebenarnya..
oke lah..nie lah caraynya..
~ korang msuk kat web page pesbuk korang..
~ kat Home 2.
~ then kat bwah skali 2 tu ada plihan bhasa. klik c2 n die akan kuar 1 box ( Select Your Language )
~ ad antara korang yg guna bahasa melayu an..n ad gak yg guna english (US).
~ so klik je English (US)..then pilih English ( pirate ). then save. senang kan?
~~ selamat mencuba & selamat beramal ^^ ~~
Tuesday, August 16, 2011
Cara jimat Minyak
Baca lagi...
Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak xxxxxxxxx….
masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 1.80 sen kat pam minyak jadi 1.00 or suka ati korang la nak letak berapa sen…
mula2 mmg aku tak percaya… tapi……
1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun… dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu… tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV sudah la…
2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.
3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu… kira mcm nak isi manual nyer harga la
4. korang tekan ‘clear’ – utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. then korang tekan enter – 3x
6. then korang tekan ’0' , ’0', ’1', ’0', ’0' (1.00 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka
7. pastu korang tekan enter – 3x sekali lagi
8. tekan butang clear – 2x
9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi
10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu… supervisor petrol pam akan jumpa korang
“woi apa ko buat ni… main tekan-tekan ni… xde keje lain ker…!!!!”
so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan..
Hahahahahah , Ingat stesen minyak tu bapak korang punya ke nak murah2.. Dah3 , gi buat kerja .. Berangan je lebih!
Sumber
Sunday, August 14, 2011
Alamak!!
Baca lagi... aiseh..da lame x mlawat blog ak nieh..tgk da bersawang, berkulat, bernanah, berkudis bagai da..adeh..
tu la..org nk wat blog..ko nk wat gak an?last2 org lain maju..ko ketinggalan kat belakang. ( kata2 nie ntok aku ok?bkan ntok org laen ) klau trase. lantak lah..ad aku kesah? haha * gurau je. bulan2 pose nie banyak dugaan nye an?haha
sempena bulan puasa nie. aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam terutamanya kepada diri aku sendiri. heh
nie ad serangkap pantun ntok korang sume. selamat berpuasa n selamat menyambut hari raya yer :)
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Akem Yamot menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Subscribe to:
Posts (Atom)