Pages

Wednesday, January 19, 2011

Kalau da namenyer Pondan

Share


Disuatu kawasan pedalaman di Kedah, seorang penternak yang mempunyai
  ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan
  meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Minah.


  Minah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan
  mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai
  kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya.
  Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk
  mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan
  menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman
  memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.



  Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon
  pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk..
  Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain
  dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksa memilih salah seorang dari
  mereka.


  Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si pondan bernama
  Leman untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih
  selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang
  pemabuk.


  Minggu demi
  minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan
  rajin. Leman kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk
  membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin
  berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.
  Gembiralah si Minah ni tadi.



  Kerana ingin menghargai
  kerajinan si Leman ni, Minah pun berkata kepada Leman, "Leman, kau telah
  melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin
  bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk
  melegakan tekanan kerja..." Gembiralah Leman, dan pada suatu malam
  minggu, dia pun pergi ke pekan.


  Sampailah ke tengah
  malam, Leman tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak
  pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Leman pulang kerumah.. Sampai ke rumah,
  di dapati Minah sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran
  unggun api.


  "Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Minah.


  Leman dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,
  melakukan apa yang diarahkan.


  "Sekarang, buka kasut but ku."
  Leman buat, perlahan sekali.


  "Buka, setokin ku.."

  Dia buat juga.

  "Sekarang, buka skirt ku."
  Dia buat juga.


  "Sekarang buka coliku."
  Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.



  "Sekarang....buka seluar dalamku..."
  Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.


  Kemudian, Minah pun memandang Leman, sambil berkata...
  "Sekali lagi kau pergi pekan
  dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

No comments:

Post a Comment